Sunday, October 11, 2009

kisah kekayaan seorang penternak...











Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari berasal daripada Alor Setar, Kedah. Asalnya seorang penternak,beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging (jual beli lembu & kerbau) pada tahun 1970. Seorang yang terkenal dengan sikap rendah diri, Syed Mokhtar tidak pernah berpuas hati dengan kedudukannya dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki taraf hidupnya.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Usaha gigih Syed Mokhtar telah berjaya menarik perhatian dan kekaguman bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang menggalakkan lebih ramai tokoh korporat bumiputera dapat dilahirkan menerusi usaha keras sebagaimana Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhari.

Pada pendapat saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Dari beberapa sumber dan setahu saya, Syed Mokhtar merupakan seorang yang taat kepada suruhan agama, pemurah, menggemari perkara-perkara amal dan kebajikan, kuat bekerja, merendah diri dan tidak sukakan publisiti. (Tidaklah menghairankan jika beliau dicemburui dan dikagumi oleh ramai orang)

Mungkin inilah antara rahsia kejayaan beliau.Saya rasa semua warga UMK & orang kedah perlu baca ni....student sains penternakan lagi WAJIB baca dan ikot cam Tan sri ni.....Salam

2 comments:

Zz~ said...

saya sedang berjalan2 mencari adik-adik..^_^

zharif said...

hai...abang ku...