Friday, October 23, 2009

tragedi duka buat diriku.....

Anggota polis maut kemalangan di lebuhraya
22/10/2009 12:18pm

TAPAH 22 Okt. — Tiga anggota polis yang dalam perjalanan untuk menghadiri taklimat misi ke Timor-Leste di Briged Tenggara Kuantan, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 310.9 Lebuhraya Utara-Selatan awal pagi ini, menyebabkan seorang maut.
Dua lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berasal dari Kedah itu cedera termasuk seorang parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritenden Abdullah Arshad berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu ialah Azrul Fazli Ahmad yang bertugas di Batalion 8, PGA Pengkalan Chepa, Kelantan.
Azrul Fazli yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
teks diatas adalah dipetik daripada bernama...Allahyarham Azrul Fazli B Ahmad ialah pak cik aku.
Sebelum nie aku xpernah kenal siapa itu Azrul dengan lebih dekat,aku just tahu nama dia Yak dan dia anak bongsu Tok long Dah..since aku dapat masuk UMK,tok long mai bagi tau yang pak cik yak ada kat pengkalan chepa nie....aku sampai kat kelantan ni disambut oleh arwah..semasa aku mengenali kelantan arwah banyak menunjuk ajar aku serta banyak membantu aku...time cuti raya aku tunggu nak balik kampung sekali,tapi tiba2 dia kena balik dulu.semasa hari raya aku jumpa ngan dia kat surau pagi raya tu,pastu malam raya ke 3,arwah bawa tok long satu family mai rumah aku...kami sembang sakan la malam tu,arwah dok becerita tentangkeja dia dan kelantan.arwah balik awai 2 hari dari aku,dia kata kat aku kalu sampai kelantan nanti bagi tau pak cik,kol4 pagi pon pak cik gi ambek..ak malas nak kacau dia pagi2 buta nie,tapi arwah sangat baek,dia dok kol aku since dalam bas lagi sampai la aku sampai kat KB nie..arwah datang dengan motosikalnya ambek aku dengan beg yang besar nie.dia antar aku sampai ke UMK...lepas pada pagi tu aku tak tau la bila lagi yang aku jumpa dia,dia slalu gi kuantan aku pulak sibuk sikit...dia selalu kol aku tanya khabar dan slalu bagi nasihat selalunya dia akan cakap "adik,study la elok2"..pada satu malam ni,arwah kol aku yang dia nak jumpa aku,dia cakap "adik pak cik nak balik dah nie"...aku kebetulan malam tu ada kelasmath,so aku sedih gila xleh jumpa dia untuk terakhir kalinya...dia cakap kat aku dai nak balik cuti just dua tiga ari ja..aku rasa lama xjumpa dia,aku try kol time makan tengah hari kat kedai Marima,aku tanya kat dia bila pak cik nak balik mai cnie...dia jawap"tak tau la dik,pak cik berat hati la nak balik pi kelantan,nak dok kampung ja lagi syok."seperti biasa dengan pesanan terakhir dia "jaga diri elok2,study elok2"....itu merupakan panggilan telefon aku yang terakhir untuknya dan pesanan terakhir dia untuk aku....pagi 22 oktober mak aku kol ,dia cakap pak cik dah xdak,kemalangan kat perak ngan treler...time aku dengar tu,aku x berapa percaya..mula2 aku terkejut jugak la...tapi depan orang ramai aku wat cam xdak papa ja...bila aku dok sorang2 aku menangis tak henti2 ingat kat pak cik yang byk membantu aku..sampai aku tulis cerita ni pon,aku masih menangis.....Ya Allah kau tempatkan lah roh pak cik bersama roh orang2 yang beriman...al fatihah....

Salam Terakhir

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

3 comments:

Anonymous said...

salam takziah .
yang pergi tetap pergi .
semoga rohnya dalam kalangan org2 yg beriman .
aminn .

(mashi)

zharif said...

thanks mashi...

de Picasso said...

innalillah..
ucapan takziah kpd fmly ko..
al-fatihah~