Monday, July 26, 2010

Dilema Universiti Malaysia Kelantan dari Pandangan seorang blogger




PENGKALAN CHEPA: Apa sudah jadi dengan Universiti Malaysia Kelantan(UMK) yang dicanang begitu hebat oleh Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Panglima Annuar Musa serta pemimpin Umno Kelantan. Pengambilan pelajar baru yang bermula minggu lepas kini menimbulkan banyak masalah khususnya kepada pelajar.

Sinar Harian(Khamis 05/07/07) dengan tajuk “Pelajar kecewa asrama UMK tidak sempurna”, telah menjelaskan segala-galanya tentang letak duduk universiti politik Umno ini. diberitakan kelengkapan kampus dan asrama benar-benar memalukan. Apa tidaknya kalau dilihat dan dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh, jauh lebih baik lagi berbanding UMK.

Pendedahan Sinar Harian cukup memalukan rakyat K
elantan kerana persiapan untuk mewujudkan sebuah universiti dibuat secara sambil lewa dan banyak “main politik” oleh Tok Pha dan Annuar Musa. Bayangkanlah almari yang pintunya tertanggal, bilik air yang tidak boleh dikunci, paip air yang seakan tempat untuk berwudhuk, bilik penginapan semacam tempat tahanan PATI, tiada kipas dan sebagainya serta pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

X juga diberitahu, pengambilan kakitangan untuk bekerja di UMK dibuat oleh Tok Pha sendiri dan dipilih dengan begitu teliti supaya tidak ada seorangpun “orang hijau/bulan” terlepas masuk. Mereka akan diselidik sehingga ke akar umbi asal usul dan aliran sokongan. Pun begitu ada juga yang terlepas dan salah seorangnya pemberi maklumat ini.

Tok Pha amat teliti untuk mengambil kakitangan yang asalnya dari Kelantan tetapi begitu mudah menerima orang yang diluar dari Kelantan. Sikap “menyusu kera di hutan” masih menjadi amalan Tok Pha.

Satu perkara lagi ialah, dari 400 tempat yang dtawarkan oleh UMK hanya 270 orang sahaja yang memohonnya. Kenapa pelajar tidak berminat untuk belajar di UMK? Nanti X akan berusaha mendedahkannya. Diberitakan juga sudah ada desas-desus dari beberapa orang mahasiswa yang akan meninggalkan UMK dan menerima tawaran dari IPTA atau IPTS yang lain.

Apa yang jelas, UMK adalah “universiti politik Umno”. Dapat dilihat dengan jelas gambar Tok Pha dengan Perdana Menteri ditiang-tiang letrik menunjukkan UMK kebanggaan beliau. Manakala Nuar Musa pula dengan gaknya mengangkat tangan dalam sepanduk yang digantung di simpang-simpang seolah-olah UMK adalah perjuangan dan usaha beliau.

Ini menggambarkan perebutan pengaruh dalam politik Umno Kelantan. Adalah dirasakan bahawa UMK bukan suatu tempat yang strategik bagi pelajar untuk belajar. Memandangkan kos yang ditawarkan tidak begitu sesuai dengan zaman sekarang, adalah lebih baik pelajar-pelajar mencari universiti lain yang benar-benar boleh melahirkan insan yang mampu membangunkan negara.

Kita tengok apa perkembangan seterusnya UMK. Apakah Universiti politik Umno Kelantan ini mampu bertahan atau akan menjadi sebuah sejarah kepada rakyat Kelantan… Kita tunggu dan lihat adegan seterusnya…



Itu komen dia ni komen aku plak:

Assalamualaikum….Universiti Malaysia Kelantan..cantik nama tu.Ianya membawa satu imej negeri Kelantan..Mari imbas sejarah universiti2 terdahulu..UMP,UNIMAP,UNIMAS dan UMS…dulu diorang nie pon cam ni jugak..Unimap,rumah kedai satu perlis diorang punya,Unimas kampus bermacam2 jenis…huh…tp kini diorang dah completely established..Ni bukan soal universiti politik or what,U need to see our government plan…They must build more than 20 IPTA in Malaysia,Alhamdulillah one of them ,was built in Kelantan…syukur la sikit orang Kelantan ,ni suma untuk menampung pelajar bijak yg terlalu ramai..If not ,saya xtau lah mana saya merempat skrang ni….pasal kemudahan,saya xleh nak ckp byk lah..tp for right now,everything okay..but the major prob for me is water supply…..nak tya la sikit…sapa yg really bertanggungjawab atas suma ni ha??…xkan UMK nak bina loji air sendiri ats nama Syarikat Bekalan Air UMK or import air from Teregganu mcm Singapore -Johor plak???…That’s must be answer lah….Okay..Wslm..

No comments: