Tuesday, November 30, 2010

Kerana Suka Masak....



Samak Sundaravej must stand down as Thai Prime Minister because of his cooking show, court rules
samak sundaravej


Ex-PM Thailand...kesian dia,coz dia masak..undang2 Thailand mensyaratkan supaya beliau meletak jawatan..sgt menarik..First tyme dalam dunia ni,kalau PM masak kena letak jawatan....
so,kalau la..Datuk Najib yg masak??...what happen to him ha?..kalu aku plak jd PM,then gi masak ngan chef Wan..huh..camna gak ler??

Berita Harian Online - Cadangan PKR cetus keresahan

JOM tengok sket Politik semasa......
Nasional

Cadangan PKR cetus keresahan
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2010/11/30
pix_gal0

Cubaan hapus ketuanan Melayu rosakkan keharmonian rakyat pelbagai kaum

KUALA LUMPUR: Cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghapuskan ketuanan Melayu boleh merosakkan ketenteraman dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum kerana akan mencetuskan kebimbangan serta kerisauan yang tidak berkesudahan.
Tokoh bahasa, Prof Madya Dr Lim Swee Tin, berkata ahli politik sepatutnya bertanggungjawab mengurangkan kerisauan rakyat daripada beban memikirkan isu ketuanan Melayu yang disifatkannya sebagai lagu lama yang didendang semula.
“Perkara yang sudah dimuktamadkan biarkan saja, sebaiknya rakyat diberi peluang menguruskan kehidupan untuk bekerja demi pembangunan dan kesejahteraan negara, bukan dibebani dengan isu lapuk.

“Malah, kebimbangan rakyat juga boleh membantutkan segala perancangan pembangunan negara kerana terlalu asyik menyelesaikan hal berkaitan ketidakstabilan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Swee Tin yang juga pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata tidak ada cacat celanya ketuanan Melayu, malah tidak membawa masalah kepada sesiapa sejak negara mencapai kemerdekaan 53 tahun lalu.

“Mempertahankan ketuanan Melayu turut bermakna Raja-Raja Melayu terus dihormati dan disanjungi semua rakyat untuk memastikan kita kekal mempunyai tunggak yang nyata dan jelas selain menjamin kestabilan politik,” katanya.
Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan sasar pada Kongres Nasional PKR di Petaling Jaya, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep Ketuanan Melayu perlu dihapuskan supaya anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu bermaruah’.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zainal Kling pula melabel pemimpin PKR yang mencanang untuk menghapuskan konsep itu melakukan tiga kesalahan besar kepada bangsa Melayu.

“Tiga kesalahan itu ialah menyalah tafsir maksud ketuanan Melayu, bertindak seperti Pak Kaduk, Lebai Malang dan Pak Pandir yang menang sorak, kampung tergadai serta bertindak menjual bangsa dan negara sendiri kerana minda dijajah dan dipengaruhi ideologi asing,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menegaskan, golongan yang menolak ketuanan Melayu juga menafikan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang kekuasaan Melayu seperti yang termaktub Perlembagaan Persekutuan dan negeri.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat ketuanan Melayu tidak lagi menjadi isu dalam persekitaran politik masa kini, malah boleh menjerat PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Sunday, November 28, 2010

Wang Leehom 王力宏 - 需要人陪 Xu Yao Ren Pei (FULL)

Saturday, November 27, 2010

RECIPE KUEH TEOW KUNG FU...


Ermm..menjadi gak kali nie..cuma xdak tepung jagung ja..haha...boleh la pasni bukak kedai makan..sup,tom yam,siew pak choi,telor goreng,bihun goreng..then terbaru KUEH TEOW KUNG FU....best!..nak kongsi recipe skali la..



Bahan-bahan:

kueh teow
2 biji telur
lada hitam
lobak
1-1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
sayur-sayur lain (optional)
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
sos tiram

Cara membuat:

Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. Kemudian, tuang dalam kuali yang dah diletakkan dengan sedikit minyak. Ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis. Balikkan supaya kedua-dua belah masak (buat macam goreng telur dadar tu). Masukkan dalam pinggan. Untuk kuah pula, tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan seafood mix. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Wednesday, November 24, 2010

Percubaan Pertamaku.....

Kerengga....
anak katak...
ciptaan Allah di tumbuhan..
pemandangan Alor Star selepas banjir....
gunung keriang
cantik pokok nie
puncak tertinggi di AS
batu-batu di gunung keriang..
sunset tepi rumah
sunset dari pandangan lensa

Korea Utara VS Korea Selatan

Korea Utara tembak pulau Korea Selatan


2010/11/23

SEOUL: Korea Utara melepaskan berpuluh tembakan artileri ke atas pulau Korea Selatan yang berpenduduk dekat sempadan barat yang dipertikaikan, menyebabkan Korea Selatan membalas tembakan dan mengerah jet pejuang, kata pegawai tentera.Dua anggota marin Korea Selatan dilaporkan terbunuh manakala 15 yang lain cedera.Pertempuran kecil itu berlaku ketika ketegangan baru berikutan dakwaan Korea Utara ia memiliki kemudahan baru bagi pemeringkatan uranium dan selepas lebih sebulan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il, mengumumkan anak lelaki bongsunya sebagai bakal pengganti.Televisyen YTN Korea Selatan melaporkan beberapa rumah terbakar dan peluru artileri masih berguguran di Pulau Yeonpyeong, kira-kira 100 kilometer dari pantai.
YTN melaporkan antara 1,200 dan 1,200 penduduk tinggal di pulau itu. - AP

KOREA SELATAN




krisis baru di Asia Timur....harapnya kedua2 negara dapat selesaikan dgn cepat...Warga Dunia mengecam tindakan provokasi Korea Utara itu..

Sunday, November 21, 2010

Air Mula Marah.....






Banjir 2minggu di Kedah cukup menggambarkan betapa seksanya manusia apabila bumi bersuara.....tapi sebagai umat Islam kita perlu redha dan tawakal kepada Allah SWT....InsyaAllah semuanya ada hikmah.....Alhamdulillah rumahku selamat,tp jiran2 abeh...di sebalik keadaan begini melanda,pada pendapat peribadi saya...parti politik amat "jahat" skali....Walaupon banyak sumbangan yang kita selalu dengar dalam media massa oleh pelbagai pihak,namun itu lah realitynya...ada yang di tanya "mak cik ni Pas ke Umno"...mak cik tu pon jawab "umm..."...baru ja Umm...dah tak bagi...tp ini apa yang dicerita kawan la...selain tu ada jugak yang gi tampal Sticker Parti kat barang2 keperluan yang baru sampai dari Perak...huh..apa la...Actually banyak lagi,tp malangnya sewaktu banjir saya masih bertempur di Kelantan..haha..exam lah...anyway,That's Life!.....

~~SARAWAK~~

Salam...Impian nak ke Sarawak akhirnya tercapai gak pabila di jemput ke sana..TQ UNIMAS....haha...huh..semangat gilak kamek mau gi sana....sebelum ni,dok rasa cam sarawakni tempatnya utan saja,huh..bila dah gi sana memang lah negerinya cantik berbudaya..I like!...haha..Cakap banyak pon tak guna...jom tengok gambar2 selama seminggu kat sana....




bersama pak cik sampan nie...
dalam sampan
smart tol lah!
galery sejarah sarawak
lepas makan ulat mulong...sumpit plak..

Bandaraya Kuching
berlatar belakangkan Fort...ntah lupa plak nama dia..hehe
Kek Lapis..
sebelum beli,kena rasa dulu....

Saturday, November 20, 2010

Rain is coming down....

"rain is coming down" ni simbolik kepada kembalinya aku ke dunia penulisan..InsyaAllah,blog ni akan slalu di update......selepas sem yg sgt sibuk,so tyme cuti nie lah masanya tuk mencoret ideas and story..Reefstoryz~~