Sunday, August 7, 2011

Punca Lelaki Malaysia Single



Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 mengandungi maklumat awalan bilangan penduduk, isi rumah dan tempat kediaman bagi Malaysia mengikut negeri dan daerah pentadbiran.
Laporan kiraan permulaan ini menunjukkan bahawa jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang iaitu terdiri daripada 14,112,667 lelaki dan 13,453,154 perempuan. Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000–2010 ialah 2.17%. Semasa tempoh pembancian, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh Malaysia.

Nisbah jantina bagi Malaysia pada keseluruhannya menunjukkan terdapat 105 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Antara negeri yang menunjukkan trend nisbah jantina yang lebih tinggi daripada nisbah nasional ialah Johor (112), Pahang (111), Negeri Sembilan (107) dan Sabah (106). Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan nisbah jantina yang terendah iaitu 88 lelaki bagi setiap 100 perempuan (Ehsan:Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia)
Statistik menunjukkan lelaki lebih ramai daripada perempuan..masih ramai lelaki di luar sana masih single..mereka terpaksa bersaing untuk mendapatkan pasangan..bukan itu saja,xsemua perempuan adalah perempuan dan sebaliknya kepada lelaki..inilah puncanya penulis masih solo..kerana perempuan tak cukup dalam negara ni...haha...huh..kena cari awek Jepun ke Korea ke  macam ni..sapa la will be my first love?...haha

No comments: