Monday, September 3, 2012

Wedding Mashi + Cuti-Cuti Teluk Batik


















Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu!....

Selamat Hari Ibu...
Walaupon aku tak panggil ibu,tapi mesej nya tetap sama tiada beda....
Mak,mula berkhidmat sebagai ibu pada tahun 1983 apabila berumah tangga dan mengandungkan anak sulung iaitu Norliyanti Bt Ramli (Along).Khidmatnya di teruskan pada tahun 1986 (Angah),1990(aku),1995(Ika) dan 1999(Nurul) sehingga lah kini..We Love U lah!...



               Boleh dikatakan permulaan sejarah hidupnya yang penuh liku...
sebagai anak sulong beliau tetap tabah..kesempitan hidup dizaman bangku sekolah menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan pena dan kertas..kalau lah zaman tu ada biasiswa..mesti tak jadi camtu...
Apabila nenek (tok) membanting tulang di sawah,sebagai anak sulong..mak lah yang mengambil alih tugas2 seperti memasak,mengemas dan macam2 lah termasuklah menjaga adik-adiknya....Untongnya kini,hanya beliau sahaja yang pandai masak makanan tradisi hasil pembelajaran dari moyang terdahulu...dan buktinya kami adik beradik semua makan sedap2 dan negatifnya gemuk2 belaka...hahaha...
                       Beliau sangat supportive dan sabar...sebagai cucu sulong jugak,beliau lah yang menjaga kebajikan arwah datuknya (moyang aku la..)....pengalaman menjaga orang2 tua ni sungguh mencabar...pelbagai kerenah..air mata suka duka,xsiapa tau.....banyak benda yang boleh aku belajar dari apa yang aku lihat..InsyaAllah..perkara yang sama akan dilakukan kepada kedua ibubapa aku..Semoga Allah tidak memalingkan hati ini...
                      Jasa Kepada Rakyat itu tema JKR..tapi mak jasa kepada semuanya!..family,agama dan bangsa..kepada keluarga semua ibu berbakti sepenuhnya...kalau balik pada zaman sekolah rendah dulu.....mak sangat menitik beratkan pelajaran...everyday,beliau akan pantau homeworks n rutin harian HAFAL SIFIR depannya....zaman tu mak berniaga,pagi buat kuih2,nasi lemak jual pagi2...dan petangnya berniaga laksam then lepas tu cucur udang...ini semua dibuat semata2 menambah pendapatan keluarga...hidup tak lah semewah pada hari ini even abah masih bekerja pada masa tu...sebab kami 4 orang bersekolah..along,angah dan aku zaman tu,kami beli buku sebundle kat Mydin,then balut..tu ja yang mampu tuk digunakan kat sekolah..nak beli kat koperasi mahal..bayangkan 4 orang nak beli set buku kat koperasi tyme tu mahal lah.....xpa..Alhamdulillah kami cemerlang serupa budak2 lain jugak....
               Along balik dari sekolah siapkan homework then tolong mak berniaga kat gerai,then malam dia study lagi..Angah pon kadang2 la...haha..dia suka main wau,memancing n macam2 lah...sebab dia asyik ngan wau dia ja,mak mengambil tindakkan berani "Memusnahkan Wau kesayangan dia"..haha..kalau xkepak wau tu,maybe he not success today!..
For me,aku penah kata kat mak,"Mak adik nak masuk sangat Jenan,syok ja tengok depa dok pakai baju batik...."..haha..tu ja tujuan asal aku struggle nak masuk Jenan sebab nak pakai baju batik time outing!..haha..kalau diingatkan balik..Harun sungguh!..Alhamdulillah,UPSR 2002 mencatat sejarah bila,3 orang pelajar dr SKDS dapat 5A..2 girl and I'm the only boy dapat 5A..Mak ngan Kak Long datang sekolah ngan muka ceria sekali dan mengalirkan air mata kesyukuran...pastu aku dapat tawaran paling diidamkan..SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABDUL HALIM (JENAN) pada 2003...PMR 8A,cukup mengggembirakan mak abah aku...then tiada rezki tuk dapat staright A's dalam SPM07, pastu Matriks n U..tp tak pa,ada hikmahnya...Hanya aku sahaja yang dapat tafsirkan..
.Apa yang penting dalam kehidupan ini,aku dapat menggembirakan hati Mak dan Abah..itu ja....."Mak Abah xdak harta langsung nak ditinggalkan,hanya ilmu (akhirat& dunia) ja yang jadi harta sampai ke mati.."....cukuplah peluh mereka itu menitis waktu kami kecik2 ja,bila besar biar peluh kami pula dapat menjadi gula dalam kehidupan mereka...
              Kalau ikut populariti ,Mak ni dah bleh masuk bertanding pilihan raya....merata pasar,kenduri dan functions..mesti ada ja yang kenal..kalau beliau tak datang kenduri orang akan datang rumah check takut2 mak sakit..haha..sampai lagu tu tau!..Mak slalu kata "sampai bila adik nak bergantung ngan mak".. u know why,even aku nak pi beli barang kat Aloq Staq,I prefer nak ajak mak keluar skali...haha..kalau ada awek bleh la kuar ngan awek,ni Mak lah yg jadi peneman buat masa ni la..!..haha...before kasih sayang "dipecahkan"  kepada 2 wanita..biarlah sepenuhnya kasih sayang ini kepada ibu..tak salah pon..
perkara paling merisaukan aku bila mak sakit...baru2 ni ada la plak geng2 sihir menyihir sebab dengki sana sini..celaka lah si pembuatnya!..ni semua ujian,apa yang nampak Mak makin strong ja..orang kampung pon support beliau jugak..time kena sihir tu,rumah jadi cam  hospital,,setiap pagi dan petang ada ja yang datang melawat....problem ni dah selesai.Alhamdulillah.....harapannya yang ingin menunaikan ibadah Haji di Mekah bersama2 lepas abah pencen another 3 years lagi..InsyaAllah..kalau ada rezki..
                    Kalau nak cerita story pasal Morni Bt Arshad ni....novel Ombak Rindu pon kena berundur dari pasaran.....haha...kisah kehidupannya dari kecil yang berliku,remajanya yang beronak sebelum kebahagiaan,kesenangan muncul bila dikurniakan suami dan anak-anak yang sangat menyangi beliau selamaya....Aku yakin setiap orang didunia ini ada kisah tersendiri bersempena HARI IBU tahun ini..bagi aku setiap hari adalah hari ibu..kerana dalam solat,doaku tetap kepada kedua IBU BAPA aku...semoga diberkati dunia akhirat...Selamat Hari Ibu,Morni bt Arshad!....
             


Tuesday, April 24, 2012

Cerita sedih ke suko!























sepatutnya entry tuk mengenang kenangan bersama Prof Ruhul Amin.....mula-mula dikatanya dah nak balik negaranya..sedih baq hg!...kami suka dia,dia suka kami...ewahh...tapi last2 menet,dia kata..."I got another new contract for 2 years,and I'm not going back to Bangladesh"..lebih kurang camtu la mesej dia....Alhamdulillah...kalau dia nak balik after kami grad,tu xpa...but now,we still need him to teach us...about animals and live!....dalam banyak2 prof berketurunan Bangla ni,beliau lah paling best..mengajor cam ajar tuisyen..slagi xpaham..he will continue and continue...even bahasanya Banglish..erkkk..susoh gak lo den nok paham jang!...tp.itulah Prof Ruhul Amin..Sporting baq hang!!!..xmau cerita banyak,sebab masih ada masa wth him....then,rumours or truth tak tau la...katanya Prof OM meninggalkan kita...if Ya?..
Thanks to Prof Dr Othman Mansor-even you are no longer wth us...but JASAMU DIKENANG HAYAT!!!...Sempoi!!..later I will continue wth new entry bout Prof OM...

Wednesday, April 18, 2012

Percubaan

huhhh......dah lama tak blogging...sibuk sangat la...lembu,kambing,arnab banyak lagi la binatang2 yang nak kena jaga....
setiap hari ada ja kes-kes baru.....kaki luka la,kena ulat la,kembung,beranak,mati sebab cacing,staff yang bajet bagus ..huh..mencabar...
rupanya kalau berada dalam bidang penternakan ni pon..kena pandai merawat jugak...tak lah depend on Vet ja...Modal!Modal! tu....haha...nanti kita bercerita panjang....IVM mengajar 1000000000000 pengalaman n ilmu...!
.................ni just nak try menulis balik sket........

Thursday, April 5, 2012

Sunday, March 18, 2012

@Twitter

SEBAHAGIAN TWEET YANG DI REPLY @ RETWEET
tweet @rosnah abd rashid shirlin,Ketua Pergerakan puteri UMNO..

tweet @shaarnaz ahmad bashir

special RT from TMJ!..Daulat Tuanku..

tweet from @saifudin nasution,opposition member..

TERBARU daripada:
@HishammuddinH2O ,menteri KDN
@saifuddinabd ,Timb Menteri KPT
(ak terlupa nak print sc)

Thursday, March 8, 2012

Anda adalah satu yang terlepas..

Musim panas selepas sekolah menengah apabila kita pertama kali bertemu
Kita dalam Mustang anda untuk Radiohead
Dan pada Harijadi ke-18 saya
Tatu sepadan kami yang mendapat

Digunakan untuk merampas arak ibu bapa anda
Dan memanjat bumbung
Bercakap tentang masa depan kita
Seperti kita mempunyai satu petunjuk
Tidak pernah dirancang bahawa satu hari
Saya akan kehilangan anda

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan menjadi gadis anda
Kita akan menyimpan semua janji-janji kami
Menjadi kita terhadap dunia

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan membuat anda tinggal
Jadi saya tidak perlu mengatakan
Anda adalah satu yang terlepas
Yang terlepas

Saya adalah bulan Jun dan anda Tunai Johnny saya
Jangan sekali-kali salah satu tanpa yang lain, kita membuat pakatan
Kadang - kadang apabila saya miss you
Saya meletakkan semua itu rekod (Whoa)

Seseorang berkata anda mempunyai tatu anda dikeluarkan
Saw anda pusat bandar menyanyikan Blues
Ia adalah masa untuk menghadapi muzik
Saya tidak lagi bermenung anda

Tetapi dalam kehidupan lain
Saya akan menjadi gadis anda
Kita akan menyimpan semua janji-janji kami
Menjadi kita terhadap dunia

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan membuat anda tinggal
Jadi saya tidak perlu mengatakan
Anda adalah satu yang terlepas
Yang terlepas
O-o-o-o-o-1 [x3]
Yang terlepas

[Bridge:]
Semua wang ini tidak boleh membeli saya mesin masa (Nooooo)
Tidak boleh menggantikan anda dengan satu juta cincin (Nooooo)
Perlu saya telah memberitahu anda apa yang anda bermakna kepada saya (Whoa)
'Sebab sekarang saya membayar harga

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan menjadi gadis anda
Kita akan menyimpan semua janji-janji kami
Menjadi kita terhadap dunia

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan membuat anda tinggal
Jadi saya tidak perlu mengatakan
Anda adalah satu yang terlepas
Yang terlepas
O-o-o-o-o-1 [x3]

Dalam kehidupan yang lain
Saya akan membuat anda tinggal
Jadi saya tidak perlu mengatakan
Anda adalah satu yang terlepas
Yang terlepas

Thursday, February 23, 2012

Tiada istilah jauh....

Sekarang ni aku meneruskan kehidupan di negeri keselatan tanah air..JOHOR DARUL TAKZIM!..
Dalam kehidupan aku,jika tempat itu tidak dapat berhubungan ngan famili,barulah dikira jauh..errmmm..what eva lah!...
Memang aku dilahirkan di Kedah,sekolah & matrik pon di sana..
Bohsan jugak asyik-asyik tempat sama ja..
Since I was 13,aku dah bercampur ngan member2 around Malaysia...
Dah masak dah ngan budak2 dari negeri lain..macam2 pe'el...(racist ker ni)..??
Hampir semua negeri dah dapat jejak kaki...cuma Sabah je belom..@frankie bwk saya!
Betul kata orang tua,"Jauh perjalanan luas pemandangan"...
Kalau kita berada jauh dari "comfort zone" kita..
kita akan lebih menghargai kurniaannya..

Ya..mungkin hujan emas ja di tempat orang..
Hujan batu dinegeri sendiri...apa kata,tadah hujan emas tu dalam bekas..dan bawak balik ke tempat kita..
Baru berguna perjalanan jauh kita tu...
Sebenarnya,jika meletak istilah "jauh" itu..akan memerangkap minda dan pancaindera serta pemikiran kita..
Kita perlu berada jauh sedikit walaupon 5 langkah untuk kita melihat apa kelebihan kita serta kekurangan yang boleh diperbaiki...
Wallahua'lam...