Tuesday, January 24, 2012

Happy Chinese New Year!!





Xin Nian Kuai Le!..Gong Xi Fa Cai!!!....
 FENG SHUI 2012
Tahun-tahun lunar Kuda 1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002 dan 2014.Individu yang lahir dalam tahun-tahun ini sering sangat popular dan dikagumi di kalangan orang-orang di sekeliling mereka, dan memaparkan kecenderungan untuk menjadi tangkas, bijak, ramah, dan sangat disukai. Anda bijak merayu seksualnya, pembicara yang menarik dan baik. Anda rajin dan setia. Walau bagaimanapun, terdapat banyak sifat-sifat negatif yang datang dengan Zodiac Kuda, ada yang mementingkan diri ini, kekasaran, kepandaian negatif, dan Moody ego yang sangat tinggiWalaupun Kuda tanda Zodiac dihormati, apabila sifat-sifat ini dipaparkan bahawa kesan adalah berkurangan. Profesion yang disyorkan untuk mereka yang lahir di tahun kuda saintis, explorer, ahli politik atau penyair.PENTERNAK???...
GOLDEN HORSE 1990 VS WATER DRAGON 2012



Kejayaan akan datang, terutamanya dalam situasi yang berdaya saing. Anda akan mendapat rasa kagum dan hormat daripada rakan-rakan dan rakan-rakan untuk rentetan kemenangan dan pencapaian. Rangkaian anda akan berkembang dan asas anda akan diperkukuhkan lagi untuk menarik banyak untuk masa depan.Berkata bahawa, ini bukan tahun yang baik untuk memulakan apa-apa dengan risiko yang tinggi terutama kewanganMereka yang masih muda dan baru bermula dalam kehidupan kerja perlu mengawal keputusan impulsif. Jangan maju diri anda.

Sekutu zodiak anda Tiger dan Dog manakala rakan horoskop rahsia anda adalah Sheep.


#nak percaya atau tidak,ats tanggungjawab sendiri.....

Tuesday, January 17, 2012

HIMPUN~Selamatkan Akidah Umat



Lirik Lagu Selamatkan Akidah - Lagu Tema Himpun

Ayuh kita bersama
Satu hati suara
Meluahkan rasa gundah di jiwa
Gejala melanda akidah umat di cabar
Marilah kita pertahankannya

Bersatu suara dan satu usaha
Bergandingan tangan menggapai cita
Tiada mustahil jika ummahnya
Teguh bersama
Dengan keizinan Allah Yang Maha Esa

Andainya warga bersatu
Kan gentar seteru
Angin sengketa pun tak kan mampu bertiup
Keimanan yang utuh
Tidak kan mudah runtuh
Biarpun dihasut
Musuh-musuh agama

Mantap Aqidah
Kukuh Agama
Perkasa Ummah
Teguh Negara
Bersatu Jiwa
Tak kira warna kulit dan bangsa
Erti bersaudara

Marilah kita bersama zahirkan
Rasa keperihatinan
Dalam usaha selamatkan Aqidah Ummah

Lagu: Isman Hijjaz
Lirik: Atie 
#HIMPUN bukanlah untuk menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan ianya juga bukan untuk menyebarkan fahaman Syiah.Ketepikan semua tanggapan negatif,bersama zahirkan keprihatinan terhadap menyelamatkan akidah kita.

Sunday, January 15, 2012

Jangan buat lagi PRU-13!!

Kali ni entry pasal PILIHANRAYA UMUM KE-13...
Bila?
Dimana aku nak ngundi?
Siapa aku nak undi?
Demographic politik di Malaysia makin celaru...ermm..
 Undi Biru tua,hijau,merah,biru muda?....
yang mana betul2 membela Agama,Bangsa & Negara..
ermmmm....UNDI ITU RAHSIA!!!..

Tapi mohonlah sangat kat Datuk Seri Najib Tun Razak,
Nasihat..Jangan buat election sebelum saya betul2 boleh mengundi..
dah setahun berdaftar,tp SPR ni..haish..patutla AMBIGA marah sangat...haha
saya tak nak ketinggalan The Toughest GE!!..I think la.. 
yang paling PENTING nak saya nak membantu GELOMBANG MERAH!!!
SATU UNDI MENENTUKAN SURVIVAL KEDAH!!
#SPR cepatlah proses I sebagai pengundi di DUN Kubang Rotan,Parlimen Kuala Kedah...

Saturday, January 14, 2012

Musuh Sebenar Kita..


"Melawan Malayan Union hanya perkara kecil...
 Tetapi perjuangan paling besar ialah melawan Melayu itu sendiri..
Melawan dari segi sikapnya,perangai dan tabiat Melayu itu sendiri"-Dato' Onn Jaafar

Friday, January 13, 2012

Untukmu Mahathir......


Kau Yakin Percaya Nasib Bangsa kan berubah ...
Engkau Bangkit Membela dengan akal bijaksana...
Biarpun bertaruh maruah...
Kau melangkah gagah dan perkasa...
Katamu pasti jadi kerja...
Kerjamu pasti menempah jaya ...
Kau bangkitkan kesedaran ...
kau pasakkan keyakinan...
Kitalah bangsa ...
aku merdeka...
kan teguh berpadu kukuh ...
Terbilang sejarah terpahat ..
menjadi kenangan berabad..
KETUANAN BANGSA MARUAH AKAN DIJULANG
WALAUPUN NYAWA BERCERAI BERPISAH 
ENGKAULAH PENAKLUK BISTARI
LAGENDA BERTUAH BERBUDI ..
Masih kau mencium haruman dan zat bumi...
Walau duduk nun tinggi di langit 
kau penakluk yang gagah perkasa
kau pelindung maruah bangsa
kau menghamparkan kemuliaan ini
kepada BANGSA ...
Mahathir PERKASA
Mahathir WIRA BANGSA
Engkau ilmuwan terbilang MAHATHIR ...
Masih kau mencium haruman dan zat bumi...
Walau duduk nun tinggi di langit 
ENGKAULAH PENAKLUK PERKASA .....!!!!

Thursday, January 12, 2012

Salah Menilai lagi......

Semalam...ada sorang pak cik ni..
bawak gerek (basikal) buruk ngan baju dia compang-camping..
kesian aku tengok...pi tempat longgok sampah cari bahan terpakai....
ikutkan..kalau dia mai mintak RM 10 kat aku pon aku bagi..InsyaAllah....
sedih aku tengok orang2 cam tu...xdak family ka?...anak2..?
lama aku memerhati pergerakkan pak cik tu di tempat longgokkan sampah yg brapa nak besaq...

Tiba-tiba....

Telefon dia berdering......
Owh...aku terfikir sat..."Dia pon ada henset,ermm....henset murah ja kot...maybe itu ja dia mampu.."...
Sekali dia bok kluaq dia pya fon...Nohhorrromm.!!..henset Sony Slider....
aku pon pkai Nokia zaman Tok Nadoq nya dulu ja...
dia lagi hebat!..hahaha..
aku dah silap penilaian ni..hehe


Kemungkinan la,beliau ialah:
  1. Pesara awam/swasta yang nak mencari makan lebih...
  2. Conservationist..cintakan Kempen Kitar Semula..
  3. ADUN Pengkalan Chepa..nak meninjau masalah rakyat & sampah disini...Harapanlah!..
  4. Dia jumpa hanset tu kat longgokan sampah len...
  5. Pegawai polis yang sedang buat misi undercover...atau
  6. seorang researcher mencari sample di situ.....
Who knows??...
*Latar Tempat:Longgokan sampah sebelah mesin pam air kat PC,Kelantan.

~Teamwork~

You can never succeed alone. So stop thinking that you're the only important person in the world! Learn to work with the people around you!
 
 

Thomas Paine

 
"I love the man who can smile in trouble, gather strength from distress and grow brave by reflection." - Thomas Paine

Wednesday, January 11, 2012

Voucher Buku 1 Malaysia..

Alhamdulillah..syukur..ada jugak bantuan voucher tuk beli buku..hehe
aku rasa ni satu permulaan yang baik untuk rakyat dan negara kita..
tak kisah lah..orang kata ni "ole-ole" oleh kerajaan coz nak dekat PRU13..WHATEVA!!..
kalau cam tu,aku nasihatkan..jangan ambiklah..baru Gentlemen!!..haha..
muka2 yg dok membangkang no1 beratur depan kaunter tunggu nak ambik voucher tu...erm..biasaklah!..
lupakan hal politik kejap..


Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.Terbaikk!..Lagi satu,aku nampak satu fenomena perancangan serampang 2 mata..disamping students bleh beli buku (apa2 saja bhan bacaan)..ianya juga untuk membudayakan masyarakat akan datang dengan Budaya Membaca even majalah picisan..xpa la..
Satu usaha murni....TETAPI...
bila baucer ini diberi...pelbagai reaksi dapat dilihat..
tak tau aku nak kata apa dah!..

Pertama:"kenapa tak diberi secara cash"-Mahsiswa/i
Kedua:"kenapa hanya RM200 dan perlu beratur di kaunter?"-Mahasiswa/i..(untonglah org dah bg)
Ketiga:"nak beli external/pendrive/computer gadget bleh?"-Mahasiswa/i
Keempat:"nak beli novel,cleo,mangga,urtv,men health,women daily"-Mahasiswa/i....haha..
Kelima:"Harga memang tak penah trun dik"-kedai buku yg cuba menipu..
Keenam:"Dik buku ini tak boleh,itu tak boleh...just boleh beli buku nota & alat tulis"-Tokey kedai    yg menganggap Voucher tu hanya kertas potostet..
Ketujuh:penjual2 buku menerpa ke kampus..juai buku2 depa yg lama2..Damn!..
Kelapan:aku beli buku "A Doctor In The House-written by Tun Dr Mahathir.."...buku ilmiah ke tu?..


apa2 pon..gunalah sebaiknya untuk membeli buku atau bahan2 berfaedah...Adios!
*AMARAN KERAS:jgn guna voucher tuk beli Playboy!..

Nama..

aku try ubah nama2 blog aku..
at last yg dipilih adalah ZHARIFSTORY..
mudah nak ingat....
dengan bertemakan "blog aku,biaq pi kat aku lah!"..
akan cuba berkongsi dgn anda!..
tak tau nak kata pa dah.. ..bye2..