Wednesday, February 15, 2012

Kerakusan Melayu, Menjahanamkan Melayu..

Rumahku milik orang..
Kelahiran Nur Amani Miazara...cukup menggenapkan 6 generasi tinggal dalam rumah pusaka ni...Sayang seribu kali sayang..rumah pusaka sejak dari tahun 1930-an bakal lenyap dek kerana kerakusan pembangunan...
Sejarah asalnya,tanah ini milik orang Melayu..dijual kepada Tokey Cina,then dijual beli kembali kepada 3 pemilik Melayu..tanah rizab Melayu Kedah....
              Asalnya hutan,menurut orang2 tua dulu..tanah hutan..buaya,babi pon ada kat sini...Tok nek Dollah.(Abdullah Tahir,ayah moyangku)..beliau lah mula2,menyewa tanah ni dan mebina rumah pusaka ni...allahyarham mewasiatkan rumah ni kepada anaknya,Hashim b Abdullah (moyang aku,anak lelaki sulung Tok nek Dollah)..pastu,Tok Nek Chin  turut membesarkan 3 orang anak di rumah ni..then,cucu sulungnya,Morni bt Arshad (mak aku) diambil bela sampailah mak berkawin ngan abah...kematian isterinya pada tahun 1980 membuatkan beliau ketika itu keseorangan...anak-anak masing-masing bersama keluarga sendiri..maka,mak & abah ketika itu tinggal di Kodiang dipelawa tinggal sekali ngan nek Chin..sejak dari tahun 1984,mak & abah menjaga nenek sehinggalah hembusan nafas terakhir nenek pada 19.Mei.2004...(Allahyarham Hashim b Abdullah,1922-2004)...Pahit ,menerima ketentuan Illahi..Al-Fatihah....Mak lah orang paling terasa ngan kehilangan tu...sebelum hembusan terakhir pon,nenek masih panggil Chik,(panggilan manja nenek kepada  mak)..
  Wasiat yang ditulis disaksikan adiknya  Nek Tam (Allahyarham Ahmad b Abdullah, 1930-2008) telah menyatakan bahawa rumah ni milik Norma (nama panggilan selain Morni)...anak-anak nek chin pon setuju dengan tu..tapi orang lain..ermm...Wallahua’lam..
Mak mewarisi rumah ni..sebelum peninggalan nenek..”Ann,buat rumah ni tuk hang chik...nanti kalau ada duit,bagi anak2 hang belajaq ja..pasai rumah xyah dok pikiaq dah..”..kata nenek kat mak..
ruang tamu rumah..

Orang tua memang nampak masa depan...duit mak & abah hanya untuk kami adik beradik 5 orang belajar..Alhamdulillah...
Sekadar Hiasan..


Tahun 2012,agaknya sudah tiba masanya kami terpaksa meninggalkan rumah ni..untuk memberi ruang kepada pembangunan perumahan MEWAH katanya.
Maka bakal hilang lagi satu kampung orang Melayu...sebanyak 8 buah rumah dan sawah padi akan dikorbankan..ermm..dah nasib,bumi dipijak milik orang...

Tahniah aku ucapkan kepada tuan tanah..kerana nak tolong kontraktor Cina,orang Melayu digadaikan...tok sah dok kata kat Melayu Pulau Pinang lah..Kedah pon bakal ke arah tu...
Sedih ngan tindakan tu,ya..tanah memang milik depa,tapi pampasan rumah dan emotional serta kenangan di kampung ini juga bakal dilenyapkan..
Paling menyedihkan apabila,melihat orang Melayu sendiri yang dijadikan "KULI" dalam syarikat sanggup melihat bangsanya sendiri berpecah..katanya projek ni  tuk rumah-rumah banglo,dah banglo SAH TANPA WAS-WAS,Bukan Melayu lah pembelinya!...
Maka,tiadalah Melayu disini nanti.....pecahan sosial & politik orang Melayu pon akan lenyap..
Betul kata Dato’ Onn..”Musuh sebenar bangsa kita adalah sikap bangsa kita sendiri”..
Apa yang kami mintak hanya pampasan yang munasabah dengan rumah dan segala penambahan tanah diatas tanah ni...takkan rumah sebegini nilainya hanya RM33,000.Helo,tu kandang BABI!
Mencari la arah baru dalam meneruskan kehidupan ni....mungkin masih tinggal lagi di Alor Setar atau Jitra atau keluar dari Kedah...
Maka,usia  hampir 70 tahun rumah ni..bakal musnah..dulu kami melihat Kampung Mempelam musnah ,dibinanya Tesco..kemanalah orang-orang kampung tu..
Bukan nak menolak pembangunan,tapi  marah apabila melihat satu demi satu kampung Melayu dilenyapkan di bumi sendiri...ada berani, kontraktor kacau kampung Cina????...
Bukan marahkan Cina,cuma menegur sikap tamak bangsaku..macamana TANAH RIZAB MELAYU boleh dapat kat bangsa asing..???..mesti ada dalang pemegang lesen "ALI BABA"..yg berangan jadi BOS besar,sebaliknya KULI BESAR CINA....
Sedang menunggu kehancuran seperti ini la.
(Gambar:Kg Pokok Assam,Penang)

Jika Madrasah Salahiah,kedai Melayu pon boleh dirobohkan,patah lagi rumah orang kampung...Melayu pulak tu...
Jadi,terkorban lagi satu kampung Melayu Kedah di Kubang Rotan ni..tiada lagi alamat A1 Kampung Teluk Talipon,Kubang Rotan.Kedah....... mungkin ada perubahan..Wallahualam.Hanya Masa dan Ketentuan ALLAH sahaja la dapat mengubahnya..

*nenek=panggilan kepada moyang lelaki..
*sambil menangis aku menulis entry ni....dah 22 tahun aku hidup disini..

No comments: