Monday, August 17, 2015

Impersonate.....








Wednesday, August 5, 2015

#Goodnight MH370


YAB PM NAJIB RAZAK :-
6 AUGUST 2015

"PRIME MINISTER NAJIB RAZAK STATEMENT ON MH370
On 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.
The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.
Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.
Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.
Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.
We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.
This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.
The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.
I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.
And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370."
Courtesy: Friends of Barisan Nasional page.
In this regard, my deepest condolences to all victims...our prayers will be with them..Al-Fatihah..
Especially to my acquaintance brother Allahyarham Sofuan Ibrahim.Al-Fatihah.

JELIMAS: Angan-Angan Mat Zaza



Satu jenama yang digagaskan oleh saya sendiri..
diadaptasi dari produk2 asas tani lain macam Agromas...
bertujuan untuk mengangkat hasil produk yang dihasilkan oleh mahasiswa UMK Jeli.
Idea ini tercetus apabila saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan kolam ikan disini,
namun Allah pinjamkan sekejap untuk menunjukkan kepada saya bagaimana dalam dunia ini cabaran dan rintangan ini lah kena hadapi supaya kita lebih kuat..

Saya dilantik untuk membantu pentadbiran berurusan dengan "student company"..
Permulaannya,saya berjaya mengumpulkan beberapa syarikat pelajar..
Task pertama LULUS.
Saya mencadangkan supaya "kita" mempunyai satu "branding" dari kampus jeli dan berhasrat untuk Tok Pa melancarkan jenama ni..politik sket..haha
jadi dalam JELIMAS kita ada ikan,puyuh,itik,cendawan dan dll.

Langkah awal mewujudkan page JELIMAS di FB..baru reach 272 likes setakat ni..not much,
tapi "demand" hasil produk macam ikan,puyuh dan cendawan amat memuaskan..
production kita pulak tak stabil..itu kelemahannya..
Produk2 ni juga dicanang oleh pentadbiran sekitar Jeli..Alhamdulillah..
nampak ada sinar sket..
tapi besar sangat pulak angan2 ni..dan boleh dikatakan ianya dah berkubur...

Bukan kali pertama...
Agriculture Expo 2014..pertama kali dibuat dalam Kampus Jeli...
"Diorang" cabar kita..pantang dicabar puak2 kami ni acahnya..
walaupun ada cacat cela..tapi acara ni dah jadi acara tahunan disini...
"Foster the Entreprenuership attributes"..we proved it!...
terkilannya,pihak sepatutnya langsung xmenghargai walaupon sijil seringgit tu...

Saya berpendapat dalam masa 10 tahun..
acara ni jadi acara yang besar walaupun Jeli ni dalam "hutan"
UUM dulu pon dalam hutan jugak..
orang gila ja pikir macam ni...tetiba Tok Pa pulak angkat AGX sebagai acara tahunan..
tp edisi kali ni nama dah tukar JAHAC.."Jahak demo"..haha
Jelimas ni dok ingat nak suruh Tok Pa laa launch time Jahac tu..
sekurang2nya free marketing "branding' kita..
simpan saja angan2 ni...eh!buang ja laah...
Goodbye Jelimas!!!...











Sunday, August 2, 2015

August Sales!

Jualan Kemerdekaan Ogos!.
...Promosi Penapis Air dari Coway!...
Jualan dan Pemasangan Seluruh Malaysia!!

Hotline : 017-4467879 Helmi, 019-9676469 Zharif
(Whatsapp/PM)

Sewaan bulanan hanya RM125 dan Servis percuma selama 5 Tahun.

Villaem bila waktu malam...

Villaem dah dipasang dirumah customer kami

Pemasangan dan permindahan percuma...



Saturday, August 1, 2015

Penapis Air Coway


Produk penapis air terbaru dari Coway:

Metro sangat sesuai di pejabat

Villaem paling sesuai dirumah.
Zulhelmi Coway-0174467879
Zharif Coway-0199676469

Thursday, July 30, 2015

COWAY, Jenama yang boleh dipercayai

Apa yang menggembirakan kami di Coway apabila pelanggan2 kami dimudahkan kerja hariannya dengan produk2 mampu milik seperti penapis air,udara,peralatan dapur.
Terima kasih kepada pelanggan dan rakan memilih produk berkualiti dari coway.
Promo Raya masih diteruskan. Mana yang belum dapatkan tu...cari kami...


Tanya laa...tak tanya xtau nanti...
PM FB pon boleh..


Whatsapp- 0174467879 Zulhelmi Ramli / 0199676469 Mohd Zharif Ramli



Respon Pengguna Penapis Air Coway



Respon Coway customer...
Beliau berpuas hati...yang pentin g "after sales services"...org tak boleh challenge bab ni..

Tanya Helmi-0174467879 Zharif-0199676469

Tuesday, July 28, 2015

Friday, June 26, 2015

Oh! Abangla


ALOR GAJAH, 25 Jun (Bernama) -- Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini.

Ahmad Zahid berkata pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya.

(BERNAMA,25 Jun 2015)

Tertarik dengan cadangan atau keputusan kerajaan kali ini....rakyat diminta positif dalam melihat apa saja keputusan kerajaan..

Apa motif sebenar sampai perlu bawa masuk pekerja Bangladesh sampai 1.5 juta org...kita sedar warganera kita kurang berminat nak keja macamna Bangla bekerja.Thus,the initiative to mitigate human resources problem by hire foreigner. Our governments " at the drop of a hat" outsourced.Sapa pon boleh buat...selesai la sat,pastu KDN juga nanti hat dok kena qeja lebih agaknya la..but these workers will be trained,so tak dak masalah sangat kot la....

Pengalaman saya melihat dan bekerja dengan warga Banggladesh ni,mereka cukup rajin dan lebih baik dari apa yang kita sangkakan..rakan kerja dulu namanya Aminul,degree holder tp sanggup datang Malaysia untuk kerja cleaner.parttime jadi badut kat shopping2 kompleks.

Namun perlu diingat sebaik mana pon kita..anak dirumah perlu disusukan....1.5 juta yang nak bawak masuk, yang dah ada sini dah berapa juta xtau.. dulu depa cukup marah bila Anwar kata undi depa dapat dari 40K Bangladesh (2013).


3 tahun lagi DS Anwar,I tell u lah undi PRU akan datang bertambah jadi 15400000 betoi xtau..xberapa reti matematik ni...

Ada juga dengar,nak 1.5juta ni kutip levi perkerja asing...boleh pigi check sana rate dia

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/bahagian-pa-dasar-dasar-semasa/kadar-bayaran-levi-visa-plks

darab lah sendiri,banyak la jugak..boleh la tampung tabung2 mana yang bocor...

Ini hanya apa yang bermain difikiran saya dan rakyat2 marhaen yang tak bijak nih..apa lah nak jadi dengan negara kita.

Dulu kita kritik TunM buat KLCC,jambatan, Putrajaya bazir duit rakyat,at last kita nampak jugak la hasilnya ...maybe it same goes to current leaders too..am I too positive?...yeay. believe in candle of hope... #kipidap.

(reaksi terus dengan keratan akhbar)

Monday, May 4, 2015

Al-Fatihah

Cukuplah kalian semua membaca atau menonton komen-komen dari seluruh rakyat Malaysia yang sangat prihatin dengan kejadian ini....saya tidak mahu mengulas panjang cuma sedekahkan AlFatihah kepada mangsa dan doakan anak2 mangsa yang masih tagihkan kasih sayang ibubapa.Amin

Credit kpd foto2 dari rakan2 FB

Friday, April 3, 2015

BATIK Warisan Kelantan

BATIK
Sangat sinonim dengan Negeri Kelantan
Cumanya lambakan batik printed,imported dari korea..
Telah menutup seni warisan ini dari berkembang..
Seharian di Kota Bharu..
Akhirnya jumpa juga batik tekap...
Last stok katanya..
Tak boleh nak jual dah..
Sebab tak dak orang nak tekap batik doh lonie..
Maka kalau tiada penyambung warisan..
Mungkin legasi batik tekap hanya tinggal nama...
Nak tolong mak cik ni jual batik tekap dia...
Nak order : whatsapp 0199676469
Pilih number tu,then brapa meter nak

Thursday, March 19, 2015

Teguran Tuhan

Mungkin ini coretan yang lebih kepada luahan rasa hati....
Syukur Alhamdulillah...
Allah masih sayang aku agaknya..
Walaupon nikmat yang dipinjamkan sementara ini ditarik balik..
Memang harta dunia ini sementara..
Teguran ini aku terima.
Semuanya ketentuan..
Sebagai hamba ,aku redha....
Ambik positif.

Terus terang cakap,bisnes adalah satu kemahiran..
Tak payah dapat prof pon..
Apa yang aku hadapi sekarang adalah mainan dunia..
Mula2 memang aku salahkan orang lain..
Bila muhasabah balik..
Mungkin ini apa yg dipanggil kifarah dosa...
Sedih.kecewa itu pasti...
Deru air mata sudah buktikan betapa sedihnya...
Namun,bila diimbas apa guna bersedih..
Hidup mesti diteruskan dan dugaan ini bukan pengakhiran...
Walaupon tindakan aku,memang nampak bodoh..
Tapi biar tak dapat duit,tapi syukur dapat ILMU sangat bernilai..

Betul Irfan Khairi cakap,
Nak berbisnes..kena ada ilmu dulu atau.
Menanggung rugi untuk mendapatkan ilmu...
Sekarang aku paham apa maksud dia...
Cumanya kes ni..sebab aku gagal..
Beban tanggungjawab itu aku perlu tanggung..
Tak tahu cara terbaik nak langsaikan....apa yang ada ambiklah semua.
Apa boleh harap,teruskan lah kepada pewaris dalam bidang ini..
Kawan2 yang masih ada disini..teruskanlah!..

Sumpah aku cakap..
Akuakultur sangat menarik dan skills dalam ternakan akuakultur cukup payah nak dapat..
Aku minat dalam dunia akademik,tapi bila diasuh menjadi usahawan...
Minat itu berubah kearah itu..
Cita2 dan perjalanan ini dicorak sebaik mungkin..
Bukan hanya pada diri,pada kampus dan rakan2 niaga lain..
Semua ni hilang dan bakal hilang...
Tipulah kalau tak sedih..
Tapi memandangkan,ada tangan2 jahat yang cuba jadi tangan malaikat...
Hampa ambiklah semua..
Tak hadap aku dengan semua nih..
Aku percaya pada rezki Allah...
Bukan tangan kau yang memberi.....
Cuma perlu ingat..
Sesungguhnya terasa diri dianiaya...tiada kemaafan bagimu..
Ingat harta dunia ini sementara wahai manusia senja..
Keputusan aku bukan macam keputusan jabatan2 kerajaan..
Harini masuk gear 5,esok dah reverse....
Ianya muktamad.

Dah tak cukup dengan itu..
Kena hadap fitnah lagi...penat.sakit hati.lama2 wa boleh mati..
Teruk...
Cukup aku bersabar,bertahan disini..
Mungkin ini kemuncaknya....
Biar masa dan ketika menentukannya...

Sekarang,
Ada pujangga berkata..
"Kalau itu bukan rezki kita,mungkin kita membuka rezki untuk orang lain.."
Diharapnya rezki Allah itu luas.
Mana dicampak dibumi ini mesti ada untuk sesuap nasi..

Perancangan untuk menetap kat sini selama 5 tahun..tak jadi.
Dipercepatkan mungkin...
Biar luncai dan labunya melingkup disini...
Islam ada menyebut..
"Kamu tidak tahu..mungkin perkara yang paling kamu suka itu sebenarnya tidak baik bagimu,mungkin juga perkara yang paling kamu benci itu sebenarnya baik bagimu"

Majalah Entrepreneur ada tulis..
"Umur 25 ada lah umur mid crisis.."
Betul sejak 2feb2015..
Macam2 dugaan dan cabaran terpaksa aku hadapi...
Dalam study,bisnes,life,health...
Mungkin ini akan merencanakan proses kematangan hidup..

Sesungguhnya pengalaman ini sangat berharga..
Bagi aku,cukup sehari untuk bersedih...
Esoknya pasti lebih baik dari harini...
Jika tidak pernah jatuh,mungkin tak pernah tahu macamna sakitnya..
Jatuh harini,tidak mematahkan semangat aku untuk berjaya..
Mungkin bukan disini,bukan bidang ini..hanya Allah saja menentukannya.

Terima Kasih dengan segala ilmu menternak..
Walaupon terbukti aku gagal..
Terpaksalah terima hukuman ini...
Biar orang yang selayaknya berada ditempat itu....
Apa2 pon aku redha..
Semua ini ketentuan illahi...
Siapa mau cabar lagi...
Sudahlah..

"Keusahawanan teras kami".
Sampai bila?
Keusahawanan atau kedarah usaha kawan?
Selagi ada musang2 berbulu ayam..
Sampai bila pon tak akan ada kemajuan..

*Blog aku cerita aku biaq pi kat aku,hang panas pungkoq pasai pa*



Friday, March 6, 2015

Jujur dan Keraguan

Keraguan itu dalam Islam dikata was-was.....
Was-was ni keadaan dimana ada titik keraguan..
Dalam debat di mahkamah pon...
Bila ada keraguan di pihak sana,disini perlu membela diri...
Dan sebaliknya...

Mungkin bagi sesetengah orang...
Kejujuran itu hanya picisan...
Pantang tok nek moyang manusia begini...
Sejahil jahil makhluk ini,
Makhluk Allah ini masih ada agama...
Tahu batas halal haram...
Darah daging ini tidak akan izinkan sumber haram....

Jika harini ada terdetik keraguan..
Maksudnya tiada keyakinan....
Apa lagi mau?..

Jangan salahkan lantai,kalau tak pandai menari....
Itu nasihat orang tua...
Cakap siang pandang pandang...
Cerita dinihari,dengar dengar....
Itu lah manusia..
Apabila mulut lagi laju dari otak..
Lembu pon berotak...
Mungkin sama tidak berakal.....
Fikir.pikiaq ambik lah!.....

Memang sebelum lelap lena...
Satu coretan perlu..supaya..
Tidak ada simpan dalam hati...
Takut dibawa mati...

Jika tiada lagi tali kepercayaan...
Biarkan sampan ini bernakhoda pergi....
Ingatan sampai sini,sekali jatuh di situ..
Waspada berlalu...
Manusia berbolak balik....
Tidak tetap...
akan juga sampai masanya nanti......
Itu pasti...☺

Wednesday, March 4, 2015

MELAYU Berdrama

Kenapa drama-drama tv sekarang motifnya sama atau lebih kurang...
Suami,Teman Lelaki,Isteri,Janda,Duda...
Ada yang jadi sotong,simpanan,pinjaman,asam pedas perfect10...
Itu satu hal...
Babak cerita...mesti ada Datuk,Tan Sri..projek berjuta juta...
Rumah banglo,bujang kerja ofis duduk apartment kondo....
Nak tengok kancil,wira,saga...lagi laaa takda..
Itu mitos separa reality yang saya lihat...

Kerana dari dulu..kita penonton tv dibuai oleh mitos separa reality ini..
Tak dinafikan ada cerita berdasarkan cerita sebenar...
Memang ada Melayu kaya di kota sana..
Cuma,budaya yang dipertontonkan itu agak kurang tepat..
Contoh,rogol atau terlanjur itu dah norma dalam drama melayu..
Untuk tutup kes...kahwin,cinta,mak mertua suka,pegi honeymoon oversea....
Apa yang dibimbangkan nanti..ini jadi budaya kita orang Melayu masa depan..
Siapa tahu..kebarangkalian itu ada...

Aspek lain,kita dibuai mimpi berdrama...
Ramai yang selepas graduate dari universiti impikan kerja di kota sana....
Saya pon macam tu..sebab drama telah tunjukan kepada anda..
Bagaimana,seorang lelaki biasa kerja di KL...
Duduk rumah apartment..
Kereta boleh tahan mewah...
Makan di kedai yang agak berprestij..
Peragaan memang kemas bergaya...
tipulah..siapa tidak mau gayanya macam tu....
Reality?...
Biar mereka tahu tinggi rendah KLCC tu.....
Pengalaman dikota cukup membezakan ketenangan di hutan Jeli...

Kadang-kadang drama melayu juga ada selitkan orang kampung..
Tipikalnya,jual kuih,miskin,anak-anak tak mau jaga,mulut macam bontot ayam...
Itu saya fikir,dimana-mana pon ada...
Saya risau kita melabelkan orang kampung macamtu...
Mesti diingat yang gah dikota itupon ramainya dari kampung...

Ternyata,drama melayu sekarang kurang mencerminkan kehidupan orang Melayu..
Nak tengok sinetron,itu lagi tak Melayu....tafsir saya saja.
Korea,Filipino,Latin..sudahlah..
Kembalikan wajah kita,jangan bertopengkan bunga saja..
Sekali sekala bumi dipijak perlu juga diangkat...
Bukan hanya melihat langit yang didongak....

"Kritikan bukan bermaksud membenci"-Anonymous

Tuesday, February 24, 2015

BULAN

Dulu cikgu kaunseling tanya...
"Awak kalau bulan,bintang,matahari,bumi...awak nak jd yg mana?"
Apa jenis soalan la cikgu ni....
"Saya suka nak jadi bulan..."..jawap
"Kenapa?...".soal lagi cikgu Jefery tu..
Saya nak menerangi bumi,diterima cahaya dari matahari..
Diizinkan Tuhan sang pencipta.....
Soalan sangat metafora..

Masa tu jawapan main ikut logik jaaaa....
Sampai skarang aku masih ingat soalan cikgu Jefery....
Bila dah besar...
Makin paham kenapa pilih bulan...
Umpamanya...
Cahaya matahari itu ilmu yg diajari...
Matahari itu guru,kuasa cahayanya diberi diizin pencipta..

Biar jadi bulan...🌝
Terima ilmu sebarkan sekelian alam...
Katakan cahayanya di Barat,esoknya di Timur...🎑

Begitu juga hidup...
Kita cuba sebarkan ilmu disini,mungkin esok disana...siapa tahu...
Memang bulan itu tidak kekal di ufuk...🌜
Kadang-kadang gerhana...🌚
Kerana cahayanya diperlukan sekelian alam....
Bulan memang tak mampu tangkis Sang Mentari...
Sunahtullah...sekadar renungan..🌞

Tuesday, February 17, 2015

SIGNIFIKASI

Dalam hidup...mesti ada perkara yang kita anggap signifikan...
Mudah saja analoginya...
Sakit...apa signifikan makan ubat?
Jawapannya : untuk baik..itu saja..
Cumanya,berapa lama untuk sembuh yang menjadi indikator penentunya..
Begitu juga hidup,kerja,jodoh,rezki dan mati...
Jangan memandang,menilai perkara ini dalam 5 minit,sejam,7 hari atau 6 bulan setahun mungkin?...
Semuanya perlukan masa..
Jika ingin melihat kejayaan..ianya bukan datang sekelip mata atau berkelip-kelip mata...perit jerih keringat dan akal bukti sohih..

Cakap memang mudah,buktinya politikus menang disebabkan pandai cakap dan ianya mudah..bagi saya yang suka bercakap..😆
Saya ingin bertanya...jangan marah.
Berapa ramai guru yg mengajar "bisness" pernah berbisness..
Atau bisnes hanya di kertas?...
Pernah jual sebatang pen?...saja tanya..
Minta maaf kalau terguris,hanya musykil....🙏

Bukan senang untuk jadi senang...
Nak tulis ni pon bukan senang...
Cumanya Alhamdulillah syukur..Allah mendengar lagi Maha Mengasihani...
Rintihan hambanya didengar walaupon sekelumit..namun cukup ku bersujud berterima kasih...

Masa depan hanya dirancang,Allah menentukannya...
Kadang kala yang kamu benci itu terbaik bagi kamu,
Dan kadang kala yang kamu suka itu akan menjahanamkan mu...
Kemana arah hidup selepas ini sudah pun ditentukan..
Jika takdir di bumi Kelantan,apa daya kerdil ini menolak..

Tulisan ini tiada signifikasi sesuatu...hanya,coretan sebelum tidur....😉

Friday, February 13, 2015

FEBRUARI

FEBRUARI
bulan kelahiran aku pada tanggal 2 haribulan...
Sambutan meriah,sederhana,cukup untuk aku mengucapkan terima kasih dan syukur...
Pujangga Melayu asyik berpesan..
"Jangan kata panas sampai ke petang,hujan mungkin di tengah hari"
Februari membuka episod baru dalam hidup...
Perginya Januari tanpa disedari..mencukupkan 365 hari..
7 Februari
Aku menangis lagi...dalam kesibukan persiapan kenduri kesyukuran..
Kami dikhabarkan..sedara rapat aku meninggal..
Hati luluh tak terucap dengan kata...
Innalillah..Fikree (1Mac1990-7 feb2015)..
Biar kenangan dan sejarah kita dalam memori...mengalir air mata kesekiankali..
Minggu kedua dalam Februari..sinar kembali dalam hidup..
Apabila abah dijemput ke Tanah Suci Mekah...Alhamdulillah..
Apa yang aku mintak..abah doakan untuk ..ermm..antaranya adalah master dan bisnes..
Yang lain rahsia.....cuma sedihnya,tak dapat nak hantar abah kat airport...
Doa mengiringi selamat beribadah dan pulang....
Kegembiraan sementara ini diragut sekali lagi...
Cukup dugaan dalam bisnes...tipu lah hati tak terasa..
Masa depan ditentukan,apa aku boleh jari jemarikan...
Biar tangisan semalam,jadi sejarah....
Sillaturahim takkan aku padam..itu janji..
Macam bercinta,hidup mesti "move on"...
Niat dibumi Kelantan kerana Allah mesti disemat dalam....
Rezki Allah dipertikai jangan sikit atau banyak..
Syukur...
Sujudku padaMu merintih pertolongan,cukup menenangkan jiwa minda kusut...
Yakin padaNya..sekarang betul-betul aku rasa makin dekat..
Semua ni ada hikmahnya....Allahuakbar...
Khamis malam jumaat..
Dikala post di laman sosial bersenda suami isteri..
Belangsungkawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb.....
Sekali lagi meragut jiwa lara...namun apa daya,redha ketentuannya...
AlFatihah..
Berkesempatan mendengar khutbah di pengkalan chepa..tidak cukup untuk mengenali beliau...
Berbeza ideologi,bukan bermaksud membenci...biar segala pujian dihati ini saja..
Biar tangan ini menjadi saksi menyabung berdoa kesejahteraan Tok Guru disana..
Tak sanggup lagi aku menanti Februari..
Biar aku nokhtahkan disini...
Habiskanlah Februari ini dengan episod gembira...