Wednesday, August 5, 2015

JELIMAS: Angan-Angan Mat Zaza



Satu jenama yang digagaskan oleh saya sendiri..
diadaptasi dari produk2 asas tani lain macam Agromas...
bertujuan untuk mengangkat hasil produk yang dihasilkan oleh mahasiswa UMK Jeli.
Idea ini tercetus apabila saya diberi kepercayaan untuk mengendalikan kolam ikan disini,
namun Allah pinjamkan sekejap untuk menunjukkan kepada saya bagaimana dalam dunia ini cabaran dan rintangan ini lah kena hadapi supaya kita lebih kuat..

Saya dilantik untuk membantu pentadbiran berurusan dengan "student company"..
Permulaannya,saya berjaya mengumpulkan beberapa syarikat pelajar..
Task pertama LULUS.
Saya mencadangkan supaya "kita" mempunyai satu "branding" dari kampus jeli dan berhasrat untuk Tok Pa melancarkan jenama ni..politik sket..haha
jadi dalam JELIMAS kita ada ikan,puyuh,itik,cendawan dan dll.

Langkah awal mewujudkan page JELIMAS di FB..baru reach 272 likes setakat ni..not much,
tapi "demand" hasil produk macam ikan,puyuh dan cendawan amat memuaskan..
production kita pulak tak stabil..itu kelemahannya..
Produk2 ni juga dicanang oleh pentadbiran sekitar Jeli..Alhamdulillah..
nampak ada sinar sket..
tapi besar sangat pulak angan2 ni..dan boleh dikatakan ianya dah berkubur...

Bukan kali pertama...
Agriculture Expo 2014..pertama kali dibuat dalam Kampus Jeli...
"Diorang" cabar kita..pantang dicabar puak2 kami ni acahnya..
walaupun ada cacat cela..tapi acara ni dah jadi acara tahunan disini...
"Foster the Entreprenuership attributes"..we proved it!...
terkilannya,pihak sepatutnya langsung xmenghargai walaupon sijil seringgit tu...

Saya berpendapat dalam masa 10 tahun..
acara ni jadi acara yang besar walaupun Jeli ni dalam "hutan"
UUM dulu pon dalam hutan jugak..
orang gila ja pikir macam ni...tetiba Tok Pa pulak angkat AGX sebagai acara tahunan..
tp edisi kali ni nama dah tukar JAHAC.."Jahak demo"..haha
Jelimas ni dok ingat nak suruh Tok Pa laa launch time Jahac tu..
sekurang2nya free marketing "branding' kita..
simpan saja angan2 ni...eh!buang ja laah...
Goodbye Jelimas!!!...











No comments: